Bengkel hampir dilelong, gara-gara enggan bayar wang pampasan pekerja

3674

Seorang mekanik berusia 36 tahun yang diberhentikan kerja tanpa sebab kukuh oleh majikan mendapat pembelaan Mahkamah Buruh.

Syarikat perniagaan bengkel tayar dan membaiki kenderaan tersebut menamatkan khidmat mekanik itu tanpa mengikut undang-undang perburuhan negara dan diperintahkan membayar wang berjumlah RM23,493.26.



Namun, gara-gara mengingkari perintah Mahkamah Buruh, harta syarikat yang terletak di Melaka Tengah hampir dilelong Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

“JTK Melaka bersama Bailif Mahkamah Sesyen Melaka melaksanakan tindakan Writ Penyitaan dan Penjualan ke atas syarikat tersebut pada Rabu. 

“Tindakan perlaksanaan untuk melevi dan melelong harta syarikat telah dilaksanakan di premis majikan terbabit dan perlaksanaan writ telah dijalankan pada jam 10 pagi,” kata Pengarah Jabatan Tenga Kerja (JTK) Melaka, Johana Bakar.

Bagaimanapun, syarikat tersebut akhirnya terpaksa akur dan menyelesaikan bayaran penuh perintah Mahkamah Buruh.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here