Pengusaha Petron sumbang RM27,000 bantu mangsa banjir

722

Ketika banjir teruk yang melanda Selangor dan Pahang, kaki tangan Petron mengaktifkan kutipan derma melalui program sukarelawan Volunteerism In Action (VIA) untuk menghantar bantuan ke kawasan yang terjejas. Sumbangan seperti pakaian, selimut, tuala, serta wang tunai dikumpul dengan segera sebaik sahaja program ini diumumkan.

Lebih kurang 50 kotak pakaian baharu dan terpakai, selimut, tuala, telekung dan sejadah, kasut, dan selipar disumbangkan oleh kakitangan dan pengusaha stesen minyak Petron dihantar ke pusat pemindahan sementara melalui HOPE Community, sebuah pertubuhan bukan kerajaa dan oleh pengusaha Petron.



Kakitangan dan pengusaha Petron turut menyumbangkan wang tunai kira-kira RM27,000, yang digunakan untuk membeli barangan keperluan seperti peralatan mandian dan peralatan dapur.

Sebagai tanda solidariti bersama-sama pengusaha stesen minyak Petron yang terjejas, sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan, para pengusaha dan kontraktor telah memulakan usaha pembersihan stesen minyak yang ditenggelami banjir.

Ketua Dagangan Runcit dan Perniagaan Komersial Petron, Choong Kum Choy berkata, pihaknya amat berterima kasih atas maklum balas yang pantas dan bantuan oleh keluarga Petron yang bersemangat kerjasama yang telah membawa kelegaan yang kepada pengusaha dan kakitangan kami yang terjejas.

Melalui bantuan mereka, kami dapat membuka semula stesen minyak kami dengan cepat dan segera untuk menyediakan bahan api kepada masyarakat,” katanya.

Pengusaha Stesen Petron Taman Sri Muda, Nurul Faidz Bin Zaid yang stesennya terjejas ketika banjir mengucapkan terima kasih atas sokongan semua sukarelawan.

“Ia merupaka tahun yang mencabar dengan gelombang ke-2 pandemik dan perniagaan baru pulih apabila banjir terburuk dalam beberapa tahun melanda kami.

Banjir pada 18 Disember lalu merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kerana stesen kami ditenggelami air setinggi 8 kaki.

Kami amat berterima kasih atas bantuan semasa pembersihan oleh pasukan sukarelawan daripada Petron. Kami berharap pelanggan kami akan kembali ke stesen minyak kami tidak lama lagi,” katanya.

Pengusaha Petron Johor bertindak pantas terhadap panggilan bantuan daripada mangsa banjir di Lembah Klang dan negeri-negeri Pantai Timur.

Pengusaha di kawasan itu mengumpul sejumlah RM25,000 dalam masa tiga hari sahaja. Ini bagi memberi manfaat kepada mangsa banjir melalui kerjasama Petron dengan MERCY MALAYSIA.

Majlis penyampaian ringkas telah diadakan pada 31 Disember 2021 di Lebuhraya Petron KM17.1 NS arah Selatan yang diketuai oleh presiden MERCY Johor, Mohamed Noor Suleiman dan pengusaha stesen minyak Petron Kebun Teh, Sharifah Shamini Syed Muhammad.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here