SUV prototaip Ferrari dikesan di jalan raya, kotor dan berdebu!

1715

Projek Purosangue oleh Ferrari seharusnya diperkenalkan pada tahun 2020 namun ditangguhkan sehingga tahun ini.

Mungkin Ferrari agak terlambat dalam memperkenalkan model SUV tambahan mereka tidak boleh hanya bergantung pada jualan supercar. Sepertimana Lamborghini memperkenalkan SUV Urus yang kini menjadi model terlaris jenama berkenaan.



Terbaharu, menerusi perkongsian rakaman video yang dimuat naik akaun Youtube, Varryx memaparkan kelibat model prototaip SUV Purosangue tersebut dikesan sedang diuji di jalan raya.

Seperti biasa, setiap pengeluar kereta akan menggunakan teknik penyamaran dengan menggunakan kamouflaj pada bahagian badan. Cuma bezanya badan SUV tersebut kotor dan dipenuhi dengan debu seolah ingin menyembunyikan identiti sebenar projek itu. 

Sepertimana kenyataan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Ferrari, Louis Carey Camilleri yang enggan merujuk kepada Purosange sebagai SUV.

“Saya tidak suka mendengar SUV dalam ayat yang sama dengan Ferrari,” kata Camilleri.

Bagaimanapun, tidak banyak informasi yang boleh didapati, difahamkan model baharu itu bakal didatangkan dengan konfigurasi empat tempat duduk, pacuan empat roda, dan enjin depan-tengah.

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here