[Video] Betulke bayar lebih ansuran bulanan kereta, pendekkan tempoh loan?

11465

Sewa beli merupakan kaedah paling biasa digunakan untuk membeli kereta di Malaysia. Faedah dan kaedah pinjaman adalah berbeza mengikut bank, justeru itu pembeli perlu bijak menguruskan kewangan mereka mengikut bajet.

Setelah permohonan selesai pembeli akan diberikan jumlah bulanan yang perlu dibayar mengikut tempoh pinjaman yang diambil sama ada lima atau sembilan tahun.

@ainzaabar

Mesti ramai yg suka genapkan bayar loan kereta kan? Now, ikut tips Ain ni ok? #LearnOnTiktok #TiktokGuru #JomBelajar #FinanceAndManage

♬ original sound – Financial Protector – Financial Protector



Tetapi ada juga dalam kalangan peminjam yang memilih membayar lebih daripada jumlah ansurans sepatutnya dengan andaian ingin memendekkan tempoh pinjaman.

Sebenarnya fahaman ini adalah salah kongsi pengguna akaun TikTok @ainzaabar yang merupakan seorang pakar kewangan.

“Ramai yang rasa kalau bayar instalment kereta lebih akan cepat habis bayar tetapi sebenarnya fahaman ini salah.

“Sebab hire purchase atau car loan ini kebanyakannya menggunakan fix interest rate. Ini bermaksud segala lebihan bayaran hanya dikira sebagai advance payment,” katanya.  

Jika peminjam membayar lebih setiap bulan tidak memberi banyak kesan kepada pinjaman bahkan tiada pengurangan mahupun diskaun. Bagaimanapun, anda sebenarnya boleh melangsaikan hutang pinjaman dengan cepat apabila membuat pembayaran penuh. 

Bukan sahaja dapat menyelesaikan hutang dalam masa singkat, bahkan berpeluang mendapatkan rebat daripada bank. Tetapi, jumlah rbat yang diberikan adalah berbeza mengikut tempoh pinjaman, kadar faedah dan jumlah ansuran bank yang telah bayar.

Maka, adalah lebih baik anda menyimpan lebihan bayaran di akaun lain secara konsisten dan menggunakan wang terkumpul untuk membuat bayaran penuh serta mendapatkan rebat dari pihak bank.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here