Malaysia ke arah usaha modenisasi kenderaan berperisai ACV 300 Adnan

1820

ACV-300 merupakan salah satu keluarga kenderaan berperisai oleh syarikat Turki FNSS dan DRB-Hicom Defense Technologies (Deftech) Malaysia.

Sebagaimana yang kita tahu, syarikat FNSS daripada Turki bersama-sama syarikat tempatan, Deftech merupakan pihak bertanggungjawab membangunkan kenderaan berperisai ACV 300 Adnan (dalam pelbagai varian) yang mengambil nama sempena Allahyarham Lt Adnan Saidi.



Namun, usaha modenisasi kenderaan berperisai ACV 300 Adnan dan K-200 MIFV itu akan dapat dilaksanakan tahun ini, memandangkan ia telah pun berusia lebih daripada 20 tahun dan amat memerlukan “a new lease of life” bagi memastikan ia terus berkhidmat sehingga tahun 2035.

ACV-300 dibina berasaskan AIFV Amerika Syarikat dengan casis M-113 ZPT buatan Amerika dan ACV-15/ZMA-15, ia telah dikerahkan oleh Tentera Darat Malaysia dengan 211 unit antara 2002 dan 2004, dan tambahan 56 unit pada tahun-tahun berikutnya dengan keseluruhan 267 unit.

ACV-300 dalam versi ZMA ia dilengkapi dengan satu meriam automatik 25 mm dan Dilengkapi dengan turet Sharpshooter yang dikendalikan oleh hanya seorang anggota.

Bagi turet Sharpshooter 25mm, ia dilengkapi dengan sistem penstabil meriam dua paksi yang memastikan laras meriam Bushmaster berkaliber 25mm tetap stabil dan dihalakan pada sasaran yang dikesan meskipun ketika bergerak laju.

Namun, untuk pemodenan ACV-300 mungkin akan digantikan sistem senjata baru atau pakej perisai baru.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh akaun media sosial Tentera Darat, Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain telah mengadakan webinar bertajuk “Modenisasi Kenderaan Perisai ACV 300 Adnan” yang bertempat di Pusat Operasi Tentera Darat, Wisma Pertahanan baru-baru ini.

Webinar itu berkemungkinan menandakan bahawa usaha tentera darat untuk menaiktaraf 267 buah kenderaan berperisai ACV 300 Adnan sememangnya akan dilaksanakan dibawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bermula tahun ini.

Bagaimanapun, setakat ini tiada maklumat tentang bagaimana kerja-kerja modenisasi ACV 300 itu dan juga K-200 MIFV  akan dilakukan dan melibatkan bahagian mana-mana pihak.

 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here