Zlatan dilihat bersiar dengan Ferrari SF90 Stradale bernilai RM2.2 juta di Milan

1267

Zlatan Ibrahimovic merupakan pemain bola sepak terkemuka yang berasal dari Sweden, selain dikenali antara pemain paling berjaya dan dia juga meminati kereta sport.

Baru-baru ini, Ibrahimovic dilihat bersiar-siar di sekitar bandar Milan memandu sebuah Ferrari SF90 Stradale, selepas menerima hadiah sebuah motosikal berkuasa tinggi sempena ulang tahun kelahiran ke-40.



Selain itu, dia turut memuatnaik SF90 Stradale tersebut di Instagram miliknya dan dihujani pelbagai ucapan dari peminat seluruh dunia.

SF90 Stradale merupakan supercar pertama keluaran Itali yang didatangkan dengan sistem hibrid berharga sekitar pound streling 400,000 (RM2.2 juta). Jentera tersebut dilengkapi enjin 4.0 liter turbo V8 (780 PS/800 Nm) dan tiga unit motor elektrik menghasilkan kuasa gandingan berjumlah 1,000 PS.

Dia juga memilik Ferrari Monza SP2 yang merupakan salah satu produk menarik dari Ferrari. Kereta sport tanpa bumbung itu diperkenalkan di Paris Motor Show bersama dengan varian SP1 yang mempunyai kapasiti satu kerusi seperti kereta lumba klasik.

Pembelian tersebut menjadikan dia salah seorang daripada 499 orang di dunia yang memiliki kereta supercar itu.  Selaim supercar itu, dia juga memiliki Porsche 911 Targa 4S Heritage Design Edition, SUV Lamborghini Urus, Ferrari Enzo, Audi S8, Lamborghini Gallardo dan Maserati GranTurismo.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here