Ford bangunkan transmisi manual tanpa pedal klac

1534

Transmisi manual khususnya pada pengeluaran model baharu semakin pupus sejak transmisi automatik menjadi pilihan ramai pengguna yang dilihat lebih praktikal dan efisien berbanding transmisi manual. 

Sesetengah kereta manual moden, seperti yang ditawarkan Hyundai, juga tidak mempunyai pedal klac. Namun, masih ada pengeluar yang cuba meyakinkan pengguna dengan inovasi tersendiri terhadap transmisi manual dengan tiga pedal itu.



Pengenalan transmisi manual tanpa penggunaan pedal klac adalah inovasi yang diguna pakai oleh jenama seperti Hyundai danaru-baru ini, Ford pula tampil dengan paten transmisi manual baharu tanpa pedal klac.

Menerusi laporan The Drive, Ford dikatakan bakal melakukan perkara sama apabila memfailkan paten operasi menggunakan input tangan.

Bagaimanapun, pengguna masih boleh menggunakan pedal kaki. Perkara tersebut didedahkan dalam permohonan paten yang difailkan oleh Ford kepada Pejabat Paten dan Tanda Dagangan (USPTO) Amerika Syarikat pada Disember 2018.

Sistem transmisi manual terbaharu Ford ini hadir dengan modul kawalan yang direka untuk mengaktifkan operasi klac secara automatik dan membolehkan pemandu menukar gear pada tombol gear sahaja.

Sistem ini bertindak untuk melepaskan cengkaman klac setelah ‘sensor’ pada tombol gear mengesan tangan pemandu yang menukar gear dan selepas pertukaran gear selesai, klac akan disambungkan semula.

Melalui sistem klac elektrik ini, kereta secara asasnya tidak lagi memerlukan bantuan pedal klac dan kereta masih lagi memerlukan pedal tersebut dan ianya sekadar disambungkan kepada modul kawalan sahaja berbanding sistem terdahulu.

Menurut Ford, sistem transmisi manual baharu ini boleh digunakan untuk kenderaan RWD seperti Ford Mustang, atau kenderaan AWD seperti Ford Bronco. Bagaimanapun, tidak ada sebarang pendedahan sama ada  sistem transmisi tersebut akan ditawarkan di pasaran.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here