Litar Mandalika: Bunyi deruan jentera MotoGP, buat saya sakit hati, tanah tergadai duit tak dapat

3105

Foto yang menunjukkan tiga orang penduduk sedang menonton ujian pramusim MotoGP dari luar Litar Mandalika, Lombok Tengah, di Indonesia tular di media sosial.

Imej itu pertama kali dimuatnaik oleh akaun Instagram pasukan Repsol Honda yang menunjukkan tiga orang lelaki santai menonton pelumba MotoGP dan dua orang antaranya masih memakai kain pelekat.



Pandangan mereka fokus pada Marc Marquez yang sedang melintas. Tiga lelaki berkenaan 
ialah Sibawaeh, 53; Medan, 47 dan Amaq Manim, 57. Mereka merupakan pemilik tanah berkenaan dan menyaksikan ujian pramusim tersebut di selekoh sembilan.

Dalam tatapan itu sebenarnya mereka sedih memikirkan urusan penjualan dan pembayaran tanah masih belum diselesaikan oleh Perbadanan Pembangunan Pelancongan Indonesia (ITDC).

Sibawaeh memaklumkan tanahnya seluas 3.5 hektar diambil oleh ITDC untuk membangunkan sebahagian kawasan litar dan dia dijanjikan dengan bayaran yang lumayan, namun hingga kini hanya janji tinggal janji.

Sibawaeh

“Bunyi deruan motor ini buat hati saya sakit. Sedih mengenangkan nasib kami, tanah tergadai, duit tak dapat.

 

Bahkan, Sibawaeh mengatakan andai pelumba itu mengetahui bahawa laluan yang dilalui oleh mereka masih belum dilunaskan.

“Kalaupun kita bisa bertemu dengan dia (Marc Marquez) dan melihat keadaan kami yang menderita selama ini, mungkin tidak sampai hati melintas di sini. Apalagi dengan laju kecepatan tinggi kerana dia sebagai pelumba,” jelasnya. 

Sementara itu, pegawai penyelesaian masalah tanah litar, Zainal Asikin mengatakan, sampai hari ini pihaknya baru menyelesaikan dua kes penduduk yang berbalah dengan ITDC.

Menurutnya, masih ada 10 kes lain dan dia meragui kes berkenaan akan selesai menjelang MotoGP Mac depan. Persengketaan berkenaan sukar diselesaikan kerana penduduk meminta penglibatan lebih banyak waris.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here