Hero kita! Abang Viva kembali beraksi menyelamat di Pantai Timur, tak jumpa jalan keluar di Kelantan

1024

Keadaan cuaca yang tidak menentu di Semenanjung, khususnya negeri-negeri di Pantai Timur ketika ini menyebabkan kejadian banjir yang berlaku secara mengejut. 

Seperti biasa, Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Viva’ adalah satu nama yang tidak asing lagi di bibir rakyat Malaysia kerana telah menjadi ‘wira banjir’ di saat ramai yang memerlukan akibat terkesan dengan bencana yang menimpa.



Terbaharu, abang Viva kembali beraksi misi ke negeri pantai timur yang dilanda banjir bagi memberikan bantuan.

Semasa hari kejadian, berdasarkan sebuah hantaran yang dikongsi di media sosial, memaparkan tangkap layar perbualan melalui direct message (DM) Instagram antara beliau bersama pengguna media sosial, dia menyatakan dia dalam persiapan untuk ke Terengganu.

Namun, berdasarkan perkongsiannya terbaharu di Facebook miliknya dia dilaporkan kini berada di Pasir Mas, Kelantan bagi membantu mangsa yang terjejas disana. Semasa membuat siaran langsung di Facebooknya, dia sempat memberitahu bahawa dia tidak menemui jalan keluar ketika berada di Pasir Mas, Kelantan.

Bagaimanapun, diharapkan semoga Abang Viva dan beberapa orang yang turut serta dalam misi kali ini berada dalam keadaan selamat dan berjaya meneruskan misi untuk memberikan bantuan kepada orang yang memerlukan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here