[Video] Kejutan ulang tahun perkahwinan dengan kereta buruk, dapat 700K tontonan

2752

Tular mengenai perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @niesaregae apabila memuat naik momen bahagia diberikan kejutan oleh suaminya ketika mereka keluar bersama.

 



Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah suaminya yang gigih melakukan kejutan istimewa dengan meletakkan hadiah yang dihias dengan bunga di dalam but kereta.

Tetapi bukanlah kejutan itu menjadi perhatian sebaliknya sebuah kereta lama, lusuh dan sudah berkarat jenis Datsun Sunny yang digunakan si suami untuk membuktikan kasih sayangnya kepada isteri.

Rata-rata warganet  berasa kagum dengan layanan baik suami wanita itu yang sedaya upaya menggembirakan isterinya. Malah wanita itu langsung tak kisah atau malu dengan kereta usang yang dipandu suaminya.

Ia juga menjelaskan bahawa kebahagiaan itu tidak memerlukan kekayaan harta benda, cukup dengan membuatkan orang disekeliling kita rasa dihargai.

Video tersebut kini sudah meraih lebih 700,000 jumlah tontonan itu, bagaimanapun mereka juga menerima komen sindiran mengenai kereta yang digunakan dan tindakan suaminya.

Bagaimanapun dia tidak menghiraukannya kerana mengganggap segala tuduhan tersebut tidak bernas dan salah.

“Bila video tu viral saya pun terkejut dan ramai puji cakap yang baik-baik saja tapi ada juga perli cakap tu marketing perniagaan saya saja.

“Mereka cakap saya ada Ford Mustang dan Toyota Alphard kat rumah. Memang betul saya ada kereta lain dekat rumah iaitu Satria Neo. Kereta saya guna dalam video tu untuk pergi berniaga saja,” katanya.

@niesaregae

Terima kasih suami ku 🥲

♬ Cinta Sampai Mati – Raffa Affar

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here