[Video] Rombongan VIP nak lalu, lagi kes ambulans kena berhenti

1410

Sekali lagi kecoh apabila sebuah rakaman video menunjukkan ambulans yang menyalakan siren diberhentikan di sebuah jalan yang dipercayai bagi memberi laluan kepada konvoi VIP.

Menerusi video rakaman papan pemuka ambulans terbabit yang dimuat naik di Tiktok @starex_kavin, difahamkan kejadian berkenaan berlaku di jejambat Jalan Skudai Kiri, Johor Bahru, Johor.



Menerusi rakaman itu menunjukkan ambulans berkenaan melalui laluan bawah manakala konvoi VVIP bergerak dari atas jejambat dan melalui susur keluar di sebelah kiri.

Difahamkan, tindakan polis trafik berkenaan adalah bagi mengelak berlakunya kemalangan jalan raya. Orang ramai menyelar tindakan tersebut dan menyifatkan ia sebagai tidak wajar kerana terdapat pesakit dalam ambulans.

Bagaimanapun, salah seorang netizen yang mengakui sebagai pemandu Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan undang-undang perlu dipatuhi walau dalam apa jua situasi dan wajar dilakukan.

“Aku pilot medik KKM, bagi aku kes macam ni biasa… pesakit tu tagging apa? Ingat, undang-undang kena ikut walaupun kita dalam apa jua situasi.

“Andai kata berlaku pertembungan bila ambulans lintas macam tu, lebih besar bencana menanti,” katanya.

@starex_kavin

“VVIP” dulu, Ambulans Later!! AGAIN & AGAIN 😒😒😏!!!

♬ original sound – rasta_Kavin0104 – rasta_Kavin0104

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here