Kajian: Trak pikap pembunuh jalan raya?

1514

Kenderaan pacuan empat roda berupaya menjadi pembunuh di jalan raya sekiranya trak pikap tersebut dipandu secara berbahaya dan pemilik masih belum memahami kenderaannya sendiri.

Risiko kemalangan di jalan raya melibatkan trak pikap juga lebih tinggi jika dibandingkan dengan kenderaan lebih kecil, kerana dimensinya yang lebih tinggi. 



Berdasarkan kajian yang dilakukan Pusat Penyelidikan Kemalangan Universiti Monash kenderaan kecil yang berlanggar dengan pacuan empat roda adalah 412 kali berisiko maut atau cedera parah.

Hasil kajian yang dikongsi akaun Facebook Public Health Malaysia (PHM) itu menjelaskan isu berkenaan bukan saja di Malaysia bahkan di peringkat global. 

“Analisa itu meliputi kemalangan di Australia antara 1987 dan 2000, berdasarkan laporan polis.

“Selain itu, pacuan empat roda 40 peratus berkemungkinan akan membunuh atau mencederakan pengguna jalan raya secara serius apabila berlakunya kemalangan.

“Bukan sahaja untuk pengguna jalan raya lain, pemanduan secara bahaya juga mengundang bahaya kepada pemandu itu sendiri berikutan pusat gravitinya yang lebih tinggi,” jelasnya. 

Di samping itu, menerusi perkongsian akaun TikTok @caretamalaysia menjelaskan berat trak pikap melebihi 2.5 tan.

“Apabila memandu laju, sebelum memasuki selekoh pemandu akan membrek dan apabila itu terjadi semua berat kenderaan akan berpindah ke depan menyebabkan bahagian depan menjunam dan belakang menjongkit.

“Apabila belakang ringan dan depan berat akan menyebabkan bahagian ekor membuang (oversteer), jadi apabila pemandu ingin menarik semula kenderaan sangat susah kerana berat.

“Jadi pemandu trak pikap faham kenderaan anda jangan brek terlalu mengejut di selekoh paling bagus bawa perlahan,” katanya. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here