Perodua sumbang peralatan perubatan dan hamper bernilai RM87,967 kepada Hospital Besar Shah Alam.

525

Perodua meneruskan usahanya menyokong institusi awam utama di seluruh negara dengan menyumbang peralatan perubatan dan hamper bernilai RM87,967 kepada Hospital Besar Shah Alam.

Inisiatif berterusan itu bertujuan menyokong usaha pasukan barisan hadapan kesihatan Malaysia dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan di seluruh negara.

Perodua menyumbang 1 unit Free Standing Warmer, 3 unit Photolight, Jelipad berteknologi tinggi, 7 unit stetoskop neonat, 1 set LSCS yang digunakan semasa pembedahan dan 10 unit gunting pembedahan ke wad pediatrik Hospital Besar Shah Alam.



Pembuat kereta kompak tersebut turut menaja hamper kepada para pesakit dan juga pasukan barisan hadapan.

Turut hadir ke majlis penyerahan di Hospital Besar Shah Alam itu adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad dan Pengarah Hospital Besar Shah Alam, Dr Ruzita Othman.

Zainal berkata, Perodua mengiktiraf kepentingan usahasama antara awam dan swasta dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan di negara ini.

“Kami ingin menjadi warga korporat yang bertanggungjawab dan kami akan membantu semampu yang boleh dalam memastikan akses kepada bekalan perubatan untuk hospital dan keseluruhan sistem penjagaan kesihatan adalah konsisten dan berterusan,” katanya.

“Kami akan terus berkomunikasi dengan institusi-institusi awam utama dan Kementerian Kesihatan untuk melihat di mana kami boleh memberikan nilai tambah dalam sistem penjagaan kesihatan negara,” katanya.

Setakat ini, Perodua sudah menyumbang bekalan perubatan kepada hospital-hospital awam termasuk Hospital Sungai Buloh, Hospital Selayang dan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah di Likas.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here