Stesen (PETROS) Sarawak dikatakan mula operasi, tawar multi-bahan api termasuk pengecas EV

1047
Stesen minyak (PETROS) sudah mula beroperasi, yang merupakan stesen minyak bersepadu yang pertama dengan pengenalan stesen oleh Petroleum Sarawak (Petros) di negeri itu.
 
 
Perkara itu dimuatnaik naik di Facebook Jasson King Fans Official, yang mengatakan stesen minyak itu sudah mula beroperasi selepas ia dirancang dan dibina sejak dua tahun lalu.
 
PETROS (Petroleum Sarawak Berhad) adalah syarikat petroleum milikan Kerajaan Negeri Sarawak yang terletak di Darul Hana, Kuching, merupakan yang pertama daripada enam stesen yang dirancang.
 
Stesen kedua juga akan terletak di Kuching, di Bandar Baru Batu Kawah, sementara empat lagi stesen akan dibuka di Sri Aman, Sibu, Bintulu dan Miri. Ia di bina oleh SEDC Energy, sebuah anak syarikat Sarawak Economic Development Corporation (SEDC).
 
Stesen multi-bahan api itu akan menawarkan petrol dan diesel biasa serta hidrogen berasaskan air, dan termasuk pengecas elektrik untuk EV.
 
Stesen berkenaan direka untuk membolehkannya diubah menjadi tempat isian semula hidrogen dan EV di masa hadapan, ketika penggunaan kenderaan bateri dan fuel cell bertambah.
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here