Polis siasat insiden ‘Ford vs Lamborghini’

1515

Kejadian melibatkan konvoi sekumpulan kereta mewah yang menghalang lalu lintas di KM 34 Lebuhraya Utara Selatan, kini dalam siasatan pihak polis.

Kejadian itu dikatakan berpunca daripada seorang pemandu mabuk Ford Ranger berwarna putih yang memandu secara merbahaya dan melanggar salah sebuah kereta konvoi tersebut.



Selepas itu kumpulan kereta mewah tersebut bertindak membuat ‘sekatan’ di tengah lebuh raya bagi menghalang pemandu Ford Ranger itu.

Namun selepas Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow yang mengeluarkan kenyataan mengenai kejadian tersebut yang berlaku pada 6.30 petang di Kilometer 34 arah selatan berhampiran susur keluar Sedenak itu.

Siasatan awal mendapati insiden bermula apabila pemandu Ford Ranger cuba memotong konvoi secara zig-zag sehingga melanggar salah sebuah kereta terbabit ketika cuba memasuki lorong kiri.

Pelanggaran itu menyebabkan kumpulan konvoi terbabit tidak puas hati dan berhenti di tengah lebuh raya, malah berlaku perselisihan faham dengan pemandu Ford Ranger.

Pihaknya juga masih menyiasat dakwaan pemandu wanita itu mabuk, serta kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here