Honda Malaysia lantik pengarah urusan baharu, Hironobu Yoshimura

601

Honda Malaysia mengumumkan pelantikan Hironobu Yoshimura sebagai pengarah urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya yang baharu mulai 1 April 2022.

Hironobu Yoshimura yang berpengalaman luas di Honda selama 34 tahun, akan menggantikan Madoka Chujo yang pulang ke Jepun untuk mengambil peranan baharu dalam Syarikat Honda Motor.



“Saya teruja untuk mengambil peranan baharu ini di Honda Malaysia. Negara yang unik dan pelbagai ini benar-benar pasaran yang penting di rantau Asia dan Oceania bagi kami di Honda.

Pendahulu saya telah membina jenama Honda untuk menjadi kejayaan seperti sekarang di Malaysia; sebagai pelopor dalam memperkenalkan teknologi termaju Honda di rantau ini, melancarkan model baharu yang menarik dan menerajui segmen kenderaan penumpang bukan nasional selama bertahun-tahun.

“Paling penting, Honda Malaysia telah tabah mengharungi dan mengatasi pelbagai cabaran selama ini. Saya berharap untuk menerajui syarikat dalam persekitaran perniagaan pasca pandemik dan menyumbang secara positif ke arah pertumbuhan syarikat,” kata Yoshimura.

Yoshimura yang membawa pengalaman selama 34 tahun dan telah membina kepakarannya dalam bidang perancangan korporat, perancangan perniagaan, pemasaran serta perkhidmatan selepas jualan. Sebelum ketibaannya di Malaysia, beliau adalah presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Atlas Cars (Pakistan) Limited dan telah memegang peranan penting di negara lain seperti Jepun dan Thailand.

“Saya juga berbesar hati untuk berkongsi bahawa berdasarkan data dalaman kami, tiga model Honda telah menduduki tempat nombor satu dalam segmen masing-masing untuk suku pertama 2022. Model tersebut ialah City, City Hatchback serba baharu dan Civic serba baharu,” kata beliau. Yoshimura.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here