Yamaha Y15ZR 2022, kini hadir 4 warna dan corak grafik baharu, harga bermula RM8,498

6787

Selepas memperkenalkan motosikal kapcai Yamaha 135LC, Hong Leong Yamaha Motor kini melancarkan versi warna dan corak baharu untuk Yamaha Y15ZR.

Moped yang dikenali sebagai Raja Jalanan itu ditawarkan dengan empat pilihan warna membabitkan Hijau, Cyan, Kelabu dan Biru.

KELABU



Ia masih menggunakan rangkaian kuasanya sama iaitu menggunakan enjin satu silinder SOHC penyejukan cecair 150cc. Ia menyalurkan 15.4 PS pada 8,500 rpm dan 13.8 Nm tork pada 7,000 rpm. 

Versi V2 turut dilengkapi meter LCD digital dan lampu utama hadapan LED, selain penggunaan rim bersaiz 17 inci, dengan tayar 90/80 di hadapan dan 120/70 di belakang.

BIRU

Perincian lain adalah termasuk berat keseluruhan 117 kg, tinggi tempat duduk 780 mm, fork teleskopik hadapan, monoshock di belakang, pemula enjin elektrik, butang lampu tinggi (passing light) dan butang mematikan enjin (kill switch).

HIJAU

Harga cadangan asas tanpa insurans dan pendaftaran masih lagi kekal pada RM8,498.

CYAN

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here