Flexing raya, kereta sewa mewah laku keras, sanggup bayar sehari RM8k

2472

Ingin nampak bergaya ketika pulang ke kampung menyambut Aidilfitri, ada individu kota yang sanggup berhabis duit sehingga RM7,999 sehari untuk menyewa kenderaan mewah dan supercar.

Maklumlah sudah dua tahun terkurung kerana pandemik. Bahkan baru beberapa hari memasuki bulan Ramadan, sebahagian tempahan kenderaan mewah di beberapa syarikat sewa kereta sekitar Lembah Klang habis ditempah untuk raya. 

Gambar hiasan

Antara kenderaan mewah yang mendapat sambutan tinggi adalah Lamborghini, McLaren, Ferrari, Ford Mustang, Nissan Skyline, Mercedes-Benz, Hyundai Starex, Toyota Vellfire dan To­yota Alphard.



Toyota Alphard dan Vellfire merupakan kereta popular yang mana 25 buah MPV mewah itu sudah habis ditempah di syarikat kenderaan sewa AHMJ Luxury.

Menurut Pengarah Urusannya, Azam Junuh kesemua kereta mewah sewa syarikatnya sudah habis ditempah oleh warga kota yang ingin pulang ke kampung berhari raya. 

Gambar hiasan

Kedua-dua MPV itu disewa untuk membawa keluarga besar pulang ke kampung tambahan perjalanan yang jauh.

“Ada individu yang sanggup membayar sehingga RM4,999 sehari semata-mata untuk memandu Lamborghini Huracan, manakala RM3,999 pula bagi Nissan Skyline R35 GTR,” katanya.

Gambar hiasan

Selain digunakan untuk tujuan majlis sosial kenderaan tersebut juga sering dijadikan konten di media sosial. 

“Bagi mereka, peluang untuk berhari raya di kampung kali ini tidak boleh dilepaskan, perlu nampak lebih bergaya dan berjaya di depan mata kawan-kawan,” jelasnya. 

Gambar hiasan

Seorang lagi pengusaha kereta sewa mewah, Ashaari Usamah berkongsi kesemua 30 kenderaan mewah miliknya sudah ditempah. Disebabkan permintaan yang tinggi musim perayaan ini dia  menambah kira-kira 20 buah lagi supercar dan MPV.

“Kereta paling mahal yang disewa pelanggan adalah Lamborghini Aventador yang berharga RM7,999 sehari, diikuti Lamborghini Huracan dan Mercedes G63, masing-masing berharga RM4,999 sehari,” katanya. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here