Tampin diiktiraf bandar paling bahagia (2021) di Malaysia

1604

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Malaysia (PLANMalaysia) baru-baru ini mengiktiraf tiga negeri di Malaysia sebagai bandar paling bahagia tahun 2021.

Ketiga-tiga negeri tersebut iaitu Perlis, Negeri Sembilan dan Melaka mencatatkan skor penuh ‘bahagia’ dalam Kajian Indeks Kebahagiaan 2021 iaitu melebihi 80 peratus.



Malah, pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi tiga-tiga negeri itu juga merekodkan skor ‘bahagia’ penuh untuk semua kawasan yang dinilaikan.

Tampin dinobatkan antara 10 Bandar Paling Bahagia Malaysia dengan pencapaian skor tertinggi 99.5 peratus, diikuti Jelebu (97.85 peratus), Jempol (89.07 peratus), Kuala Pilah (88.39 peratus), Port Dickson (85.76 peratus), Seremban (83.60 peratus), dan Rembau (81.91 peratus).

Antara soalan yang ditanya bag menentukan skor ‘bahagia’ termasuklah tahap tekanan kehidupan dialami individu serta kadar kepuasan hati dengan kesihatan, kebahagiaan ketika bersama keluarga dan saudara-mara selain tahap keseronokan ketika berada di tempat bekerja.

Menurut Inc.com, terdapat lima faktor penting dalam menentukan kebahagiaan di sesuatu kawasan iaitu:

1. Kurang waktu perjalanan ke tempat kerja

2. Kurang bahagia di kawasan sejuk

3. Lebih bahagia di kawasan banyak kemudahan

4. Kehijauan alam menghadirkan kegembiraan

5. Populasi berpendidikan tinggi

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here