Nissan R35 GT-R copy ori buatan Thailand

5221

Dari pandangan jauh tiada siapa menyangka Nissan R35 GT-R yang didedahkan YouTuber dari Thailand ini merupakan versi copy ori walaupun di sebelah sisi kenderaan diletakkan pelekat FAKE.

Chad Bee menerusi saluran YouTube CB Media menunjukkan Nissan GT-R milik sahabatnya, Frank yang dijana enjin RB26 turbo berbanding VR38 V6.



Chad mulanya berkongsi tentang kereta sport itu di Instagram Story dan mendapat perhatian orang ramai. Ramai tidak menyangka ia merupakan Nissan GT-R palsu.

Bahagian lampu depan, lip depan, hud pintu dan penutup minyak serta lampu belakang diambil daripada R35 GT-R sebenar. Sementara bahagian lain merangkumi replika gentian karbon.

Panel berkenaan dibuat oleh syarikat asal Thailand, Karn Fiber yang membangunkan replika badan bagi beberapa kenderaan.

Pemilik jentera berkenaan, Frank merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Tuner Concept ingin memperlihatkan komponen suspensi kustom syarikatnya pada Bangkok International Auto Salon 2017.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Chad (@chadbeephotography)

Oleh kerana dibangunkan berdasarkan Cefiro, jentera itu tidak memiliki pacuan semua roda seperti R35 GT-R asli. Nilai yang dilaburkan oleh Frank bagi membangunkan R35 GT-R FAKE itu adakah sekitar AS50,000 (RM210,850).

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here