Lagak penguatkuasa pasang strobe light, boleh didenda hingga RM2k atau penjara

2008

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi peringatan kepada kereta persendirian yang menggunakan strobe light.

Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda tidak lebih daripada RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.



Perkongsian menerusi akaun Facebook JSPT itu menjelaskan pihak berkuasa sentiasa memantau penggunaan lampu mata ‘strobe light’ pada kereta persendirian.

Tindakan tidak bertanggungjawab berlagak seperti pegawai penguatkuasa itu sering menerima rungutan dalam kalangan orang awam.

“Terdapat beberapa video tular di media sosial mengenai penggunaan strobe light ini dan pihak kami sedang mengambil tindakan sewajarnya kerana nombor pendaftaran kenderaan terlibat telah dikenalpasti.
 
“JSPT menegaskan mana-mana pemilik kenderaan yang mengubah suai dan menggunakan lampu mata arah berkenaan pada kenderaan persendirian adalah menjadi suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan,” tulisnya.
 

Pemandu boleh dikenakan tindakan di bawah Peraturan 138, Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 170/59 iaitu ubah suai kenderaan tanpa kebenaran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
 
Menurut Kaedah 9, Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 hanya kenderaan dalan tugas kecemasan seperti kenderaan polis, bomba, ambulans dan JPJ sahaja dibenarkan mendapat hak laluan mengatasi kenderaan lain dengan cara membunyikan siren tertentu, loceng atau hon dua nada.
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here