Ke mana hilangnya Perodua Abang Viva?, rupanya ini yang berlaku….

4088

Masih ingatkah lagi anda dengan Abang Viva yang membantu mangsa banjir tahun lalu dengan hanya berbekalkan RM50.

Selepas kisahnya tular di media sosial, rezeki pemuda bernama Azwan Omar itu semakin luas dan melimpah apabila ada individu yang berbesar hati menghadiahkan sebuah kereta trak pikap dan Yamaha XJ6 Diversion.



Mungkin ramai yang tertanya ke manakah pergi Perodua Viva miliknya selepas dia menerima Mitsubishi Triton. Terkini Abang Viva berkongsi kereta kompak miliknya itu sedang menjalani proses restorasi di Melaka.

Khabar berkenaan dikongsi menerusi akaun Facebook yang menjelaskan kenderaan tersebut berada di Pusat Servis Perodua Bachang.

“Orang bertanyakan kat mana Viva…haa ni nak update sikit…Viva masih lagi dalam proses perubatan di hospital Pusat Servis Perodua Bachang.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Perodua sebab sponsor kos untuk repair kereta ini. Terima kasih juga untuk staf Perodua yang bertungkus lumus menyiapkn kereta berkenaan. Korang memang terbaik,” tulisnya.

Jelasnya dia masih memilih warna asal Viva berwarna hitam. Disember tahun lalu, kisah Azwan mendapat perhatian pihak Perodua apabila pengguna Twitter @UsharDaniele memuat naik ciapan meminta nombor telefon pemuda berkenaan.
 
 
“Siapa boleh kongsi nombor Abang Viva dengan segera? pihak Perodua sedang cari dia,” katanya. 
 

Bagaimanapun, Perodua tidak mengeluarkan kenyataan rasmi tentang pencarian berkenaan dan difahamkan pengeluar tersebut ingin melakukannya secara rahsia.

Mungkin ini merupakan jawapan kepada pencarian Perodua tahun lalu yang dilakukan secara underground yang mana pengeluar kenderaan kedua nasional itu ingin menawarkan perkhidmatan restorasi secara percuma kepada Azwan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here