Apakah Benar TRK702 akan dilancarkan penghujung tahun ini?

797

Benelli nampaknya maju ke depan dalam mengiatkan pengeluaran jentera mereka.TKR 702 dicanangkan akan dilancarkan penghujung tahun 2022

TKR 702, merupakan varian TRK terkini serta merupakan langkah awal Benelli dalam mempersiapkan jentera-jentera bagi keluaran tahun 2023.

Pendedahan paten terbaru berkenaan dikatakan bakal mengantikan TRK 502.

Model TRK 502 telah diperkenalkan ke negara kita pada tahun 2018. Ternyata mendapat sambutan diluar jangkaan.

TRK 502 berjaya mencatat rekod dan merupakan jentera paling laris jualannya pada tahun 2020 di Itali.

Persoalannya adakah model TRK 702 bakal monopoli pasaran motosikal ‘Tourer’ di negara kita?

Menurut sumber TRK 702 dibekalkan dengan enjin parallel-twin 693cc penyejukkan cecair.

Ianya berhasil menjana 75Hp dan 70 Nm serta diperkatakan bakal bersaing dengan model ‘Tourer”  sama kelas dengannya. 



Jentera-jentera Benelli begitu terserlah mutakhir ini setelah diambik alih oleh Qianjiang,sebuah syarikat gergasi dari Negara Tembok Besar.

 Ibu pejabat serta bahagian penyelidikan dan pembangunan(R&D) masih dikekalkan di negara asal Benelli iaitu Itali.

 

Sementara bahagian pemasangan dan pembuatan terletak di China. 

Keberhasilan dan suksesnya jualan motosikal Benelli adalah hasil kolaborasi dua departmen tersebut. 

 

 

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here