Ditahan polis Australia, rakyat Malaysia kantoi guna ‘lesen terbang’

3233

Sindiket lesen terbang sebenarnya masih wujud di Malaysia. Oleh kerana masih ramai yang ingin mendapatkan lesen memandu secara jalan singkat maka terdapatlah tawaran.

Modus operandi yang sering kali digunakan sindiket adalah melalui platform media sosial dengan mempromosi iklan ‘lesen terbang’, selain menggunakan gambar Lesen Memandu Malaysia (LMM) untuk meyakinkan orang ramai.



Kesan pemegang lesen terbang ini adalah membahayakan pengguna jalan raya lain kerana tidak mengetahui undang-undang jalan raya dan teknik memandu dengan betul.

Terkini tular di media sosial seorang rakyat Malaysia di New South Wales, Australia menggunakan lesen terbang selepas ditahan kerana memandu melebihi had laju oleh pihak berkuasa.

Berdasarkan perkongsian di laman Facebook Traffic and Highway Patrol Command – NSW Police Force itu, Peronda Lebuhraya Griffith menahan sebuah Honda Accord berwarna hitam yang memandu 113kmj di kawasan had laju 110kmj.

Dalam kejadian pada 22 Disember 2021 itu, seorang wanita warga Malaysia berusia 26  tahun memandu sendirian dan mengeluarkan kad lesen memandu Malaysia selepas diminta oleh pihak berkuasa. 

Kemudian pihak polis menjalankan pemeriksaan menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia dan tiada rekod wanita berkenaan dalam sistem. Berdasarkan pemeriksaan lanjut, peronda lebuhraya juga mengesan nombor siri lesen yang tidak konsisten.

Wanita berkenaan kemudian disahkan hanya memiliki lesen pelajar (lesen L) yang dikeluarkan pihak berkuasa New South Wales.
 
 
Polis juga mendapatkan pengesahan dari pihak Interpol yang mana lesen memandu Malaysia wanita tersebut adalah palsu.
 
Menerusi soal siasat yang dijalankan, wanita itu mengaku meminta seseorang untuk mendapatkan lesen palsu tersebut.
 
Susulan itu, pihak berkuasa mengeluarkan tiga notis kesalahan undang-undang jalan raya iaitu memandu tanpa ditemani pemandu berlesen/pegawai polis atau penguji kerana memegang lesen L; tidak mempamerkan plat L dan pemegang lesen L memandu melebihi 10kmj.
 

Bagi kes lesen palsu pula, wanita itu dibicarakan di Mahkamah Tempatan Griffith pada 13 April 2022 atas kesalahan memiliki dokumen palsu. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here