Ekzos Lamborghini Huracan STO terlalu ‘bingit’, Youtuber dihalau keluar dari Litar Nurburgring

7493

Lamborghini Huracan STO adalah sebuah kereta lumba baka tulen dengan tambahan pemasangan komponen yang hampir menjadikannya tidak sah digunakan di jalan raya walaupun memiliki nombot plat.

Perkataan STO mewakili nama Super Trofeo Omologata yang mana pada asasnya bermaksud versi jalan raya bagi kereta lumba Huracan Super Trofeo Evo.

Semuanya tentang supercar itu tertumpu pada mengekstrak prestasi maksimum di litar perlumbaan. Bagaimanapun, lain pula jadinya apabila sebuah supercar STO ini tidak dialu-alukan di beberapa trek lumba.

Pemiliknya seorang YouTuber Shmee150 diminta meninggalkan litar Nürburgring selepas Huracan STO miliknya dianggap terlalu ‘bingit’ untuk dipandu mengelilingi litar Jerman itu.

Jom Baca:   Lamborghini hampir kehabisan stok untuk tahun 2021

Sudah menjadi tradisi buat Tim Burton atau Shmee150 mengunjungi litar berkenaan setiap kali menambah koleksi kereta baharu. 

Dia sangat teruja untuk memandu STO yang memfokuskan litar tersebut di Nürburgring bagi menguji potensi sebenar supercar lumba itu.

Malah sebelum menuju ke pusingan pertama mengelilingi Nürburgring, Tim sudah memiliki firasat bahawa ekzos titanium STO itu terlalu kuat dan mungkin diminta beredar dari litar tersebut.

Dan itulah yang berlaku!. Selepas melengkapkan pusingan pertamanya, seorang marshal menariknya ke tepi dan meminta meninggalkan litar dengan cara yang sopan.

Jom Baca:   Kongsi buat aksi 'drift' di media sosial, pemilik GR86 tak boleh tuntut waranti..

Nordschleife mempunyai had bunyi 130dB dan STO ungu miliknya melebihi had bunyi sebanyak 4dB. Tim Burton ialah influencer automotif yang popular dari London dengan lebih daripada 2 juta pengikut di YouTube.

Dia memulakan perjalanan sebagai YouTuber pada 2010 dengan menyiarkan video supercar menarik yang dilihat di jalan sekitar London.

Kemudian Burton mendapat populariti dengan pantas yang membantunya mengumpulkan koleksi kereta yang sangat mahal termasuk Ford GT, McLaren Senna, Mercedes-Benz SLS AMG Black Series, Porsche Taycan Turbo S, Mercedes-Benz AMG GT Black Series dan STO.

Jom Baca:   Ferrari F50 Mike Tyson dilelong, harga RM24.8 juta

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here