Nissan tutup tempahan GT-R 2022, adakah ini model terakhir?

1104

Nissan secara rasmi menutup tempahan untuk model ikoniknya iaitu Nissan GT-R 2022 di Jepun.

Nissan GT-R 2022 dilancarkan di pasaran Jepun secara eksklusif dalam varian T-Spec dan Nismo. Ia juga ditawarkan di Australia sebelum Nissan menggugurkannya daripada barisannya di sana.

Nissan di Jepun mengemaskini laman sesawangnya dengan memaklumkan bahawa jualan GT-R ditutup berikutan tempahan sudah capai jumlah jualan yang ditetapkan.



Untuk makluman, Jepun bukan satu-satunya pasaran di mana jualan GT-R 2022 sudah  tamat. Ini kerana pada Mac lalu, Eropah tidak membenarkan GT-R dijual di sana kerana piawaian bunyi  selepas 13 tahun dilancarkan, termasuk di Australia.

Tiada keputusan sama ada generasi GT-R baharu diperkenalkan

Buat masa ini, Nissan masih ragu-ragu sama ada generasi GT-R akan diteruskan atau sebaliknya.

Nissan GT-R 2022 baharu yang ditawarkan di Jepun yang ditawarkan dengan dua varian membabitkan Premium Edition T-spec dan Track Edition Engineered by Nismo T-spec

Dua varian ini tampil dengan warna eksklusif dan hanya disediakan sebanyak 100 unit serta mula dijual kepada pelanggan terpilih secara undian pada pertengahan bulan depan.

Hanya 100 unit ditawarkan

Premium Edition T-spec hadir dengan rekaan ruang kabin yang eksklusif, rim aloi ‘Rays’ berwarna gangsa dan sistem suspensi yang menyumbang kepada pengurangan berat badan kereta.

Manakala lebar keempat-empat roda dipertingkatkan bagi menawarkan pengendalian pemanduan yang lebih lancar dan sensitif.

GT-R Track Edition Engineered by Nismo T-spec pula memfokuskan kepada naik taraf prestasi dan kemasan gentian karbon eksklusif pada bumbung dan spoiler but.

Kedua-dua model masih mengekalkan enjin 3.8 liter V6 turbo caj berkembar dan dipadankan dengan transmisi dwi-klac (DCT) 7-kelajuan.

Harga jualan:

  • Premium Edition T-spec: Yen 15,904,900 (RM599,716)
  • Track Edition Engineered by Nismo T-spec: Yen 17,881,600 (RM674,250)

Galeri 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here