Hanya satu-satunya Ferrari SP48 Unica di dunia, 6 fakta yang anda perlu tahu supercar ini

2774

Ferrari SP48 Unica, tambahan terbaharu kepada pengeluaran supercar jenama Itali dalam siri One-Off.

Jentera yang satu-satunya dibina itu menyertai barisan produk paling eksklusif pengeluaran Maranello.

Ia ditempah khas dibuat mengikut spesifikasi pemiliknya mengikut keperluan individu itu sendiri.



Fakta yang anda perlu tahu tentang Ferrari SP48 Unica ini:

  1. Jentera ini diketuai boss Pusat Penggayaan Ferrari iaitu Ketua Pegawai Reka Bentuk, Flavio Manzoni.
  2. Dibangunkan daripada model F8 Tributo iaitu model sambungan daripada 548 Italia yang dilancarkan pada 2009.
  3. Menerapkan profil anak panah pada bahagian hadapan. Perkara utama untuk mencapai kesan itu ialah reka bentuk semula lampu depan dan penempatan semula saluran masuk udara brek.
  4. Bahagian belakang tidak mempunyai tingkap sekali gus tidak nampak enjin atau apa sahaja objek di belakang menerusi cermin pandang belakang, seperti model sebelum ini.
  5. Ruang kabin masih mengekalkan identiti teknikal F8 Tributo, tetapi menerima kombinasi warna dan kemasan yang sempurna untuk tampak anggun, sporty dan agresif.
  6. Dikuasakan enjin V8 turbo berkembar yang sama dengan F8 Tributo iaitu enjin twin-turbo 3.9 liter V8 yang mampu menyalurkan 710hp.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here