Jejambat Jalan Tun Razak sepanjang 2.8km dibuka hari ini

1389

Pembukaan jejambat menghubungkan Jalan Langgak Golf dengan Bulatan Kampung Pandan bermula hari ini dijangka dapat mengurangkan kesesakan trafik sepanjang Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur terutama pada waktu puncak.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, projek yang bermula 10 Julai 2017 itu siap sepenuhnya pada 11 Mei (Rabu) melibatkan pembinaan laluan bertingkat dengan jarak 2.8km dengan laluan utama sepanjang 1.2km.



Projek bernilai RM492.5 juta itu juga melibatkan laluan susur keluar dan masuk secara keseluruhan sepanjang 1.6km, dengan pembinaan sebanyak sembilan lokasi keluar dan masuk selain infrastruktur seperti lampu jalan baharu dan tembok penahan.

Jejambat tersebut turut menghubungkan laluan keluar dan masuk Lebuh Raya Maju Expressway bagi memudahkan pengguna dari Putrajaya dan Puchong untuk memasuki Kuala Lumpur serta memberi akses kepada pengguna yang ingin keluar daripada Jalan Bukit Bintang.

Selain itu, projek yang dijalankan oleh NAZA Properties Sdn Bhd itu juga dirancang untuk dihubungkan dengan Setiawangsa-Pantai Expressway pada masa akan datang.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here