Honda CR-V enggan beri laluan pada ambulans, pemandu ada masalah pendengaran

1701

Pemandu Honda CR-V yang dikatakan enggan memberi laluan kepada ambulans dalam keadaan siren ambulans itu dibunyikan disahkan mengalami masalah pendengaran.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, siasatan mendapati pemandu MPV itu seorang lelaki warga emas berusia 62 tahun mengalami masalah pendengaran “Tinnitus-Acoustic Neuroma” sejak tiga tahun lalu.



“Lelaki itu masih lagi mendapatkan rawatan lanjut dari pakar di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur.

“Sehubungan itu, Polis Daerah Kampar melalui Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pemandu terbabit,” katanya. 

Kejadian tersebut tular di media sosial yang mana dipercayai berlaku di KM292 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala utara.

Polis berjaya mengesan pemandu kenderaan itu hari ini dan pemandu serta pemilik kenderaan diarah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar untuk siasatan lanjut.

Terdahulu, video berdurasi 37 saat yang dipercayai dirakam dari sudut arah ambulans berkenaan menunjukkan SUV putih yang dipandu di lorong kanan, enggan memberi laluan sehingga ambulans terpaksa memotong menggunakan lorong kiri. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here