Rakyat Malaysia pecah rekod dunia balingan kapal terbang kertas paling jauh….

2299

Tiga sekawan memecahkan rekod dunia balingan kapal terbang kertas paling jauh di Korea Selatan apabila pesawat tersebut terbang sejauh 77.134 meter.

Kapal terbang kertas itu direka oleh rakyat Malaysia Chee Yie Jian dan dilipat oleh Shin Moo Joon dan balingan oleh Kim Kyu Tae yang mana kedua-duanya dari Korea Selatan. 



Kyu Tae melakukan balingan sebanyak lapan kali dengan jarak terbaik 77.134 meter yang kemudian dicatakan dalam Guinness World Record mengalahkan Joe Ayoob dan John M. Collins dengan jarak 69.139 meter pada 2012.

“Reka bentuk saya ditambah dengan mod/pelarasan sayap Shin dan ‘lengan roket’ Kim adalah kombinasi menang kami, jadi saya tidak bimbang,” Chee Yie Jia.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Guinness World Records (@guinnessworldrecords)

Chee membentuk “Pasukan Shin Kim Chee” selepas percubaan 2019 untuk memecahkan rekod dunia gagal. Chee tidak hadir untuk percubaan memecahkan rekod itu, dan tidak pernah bertemu dua lelaki lain secara peribadi, tetapi dia dan Shin sudah menjalin persahabatan selam bertahun.

“Komuniti kapal terbang kertas adalah kecil tetapi global, kerana semua orang mengenali satu sama lain dalam talian. 

“Saya mengenali Shin hampir sedekad sekarang dan kami sentiasa membincangkan cara baharu untuk terbang lebih tinggi, lebih jauh dan lebih lama melalui e-mel dan media sosial,” kata Chee.

Dengan kejayaan baharu ini, tiga sekawan ini kini menyasarkan untuk memecahkan rekod sekali lagi dengan jarak melangkaui 80 meter. Disamping itu, mereka juga ingin mencuba untuk memecahkan rekod dunia kapal terbang kertas yang terbang paling lama.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here