Penunggang motosikal ‘belasah’ warga emas dah kena cekup!

1460

Seorang penunggang motosikal yang tular memukul lelaki warga emas di jalan berdekatan jejantas Padang Jawa, Shah Alam, dicekup polis bagi membantu siasatan.

Lelaki berusia 23 tahun itu ditahan selepas mangsa berusia 61 tahun tampil membuat laporan, kira-kira pukul 2 petang tadi.



Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang juga pesara swasta memandu bersama isteri dan cucunya menuju ke Putrajaya pukul 12 tengah hari.

Katanya, ketika membelok ke kanan menghala ke Alam Avenue, suspek yang menunggang Yamaha Y15 dipercayai menjerit dan memarahi mangsa.

“Mangsa kemudian berhenti untuk memeriksa sekiranya ada perlanggaran, namun suspek terus menendang dada kirinya.

“Suspek kemudian duduk atas badan mangsa dan menumbuk muka dan kepala bertubi-tubi hingga menyebabkan bengkak bawah mata serta kepala selain sakit di rusuk,” katanya.

Tambah Mohd Iqbal, kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan dan penunggang motosikal direman esok bagi membantu siasatan. 

Selain itu, individu yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nur Syuhada Aziz di talian 018-9124770.

Sebelum ini, tular sebuah video berdurasi 21 saat memaparkan tindakan seorang lelaki memukul warga emas itu sehingga terjatuh atas jalan.

Beberapa orang awam kemudian tiba dan cuba menghentikan perbuatan itu yang menerima kecaman netizen. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here