Lewis Hamilton tawar suku juta nak dapatkan nombor plat ‘fancy’

1125

Lewis Hamilton merupakan salah seorang atlet paling kaya di dunia dan pelumba Formula Satu (F1) itu dikatakan menghabiskan wang suku juta untuk nombor plat.

Juara dunia tujuh kali itu menjadi salah satu atlet dan salah seorang yang berpendapatan tertinggi dalam F1 setelah menandatangani kontrak bernilai AS147 juta (RM646 juta) bersama Mercedes-Benz sehingga 2023. 



Menurut beberapa laman web termasuk Celebrity Net Worth, nilai bersih kekayaan Hamilton sekitar AS285 juta (RM1.3 bilion). Pelumba berusia 37 tahun itu juga menjana pendapatan daripada tajaan dan duta jenama lebih daripada AS15 juta (RM66 juta).

Seperti mana bintang lain F1, Hamilton yang tinggal di Monaco memiliki banyak koleksi supercar dan hypercar kegemarannya. Minat besar dalam kenderaan itu juga seiring dengan keinginannya mendapatkan nombor plat ‘cantik’.

Hamilton mempunyai kereta Mercedes-Benz dan mahu nombor plat itu menyerupai namanya sendiri. Dia inginkan nombor plat “LEW 1S”, tetapi ia dimiliki taikun hartanah Bob Lewis yang membelinya pada 2007 pada harga kira-kira AS62,000 (RM272,366).

Kerana begitu ingin mendapatkan nombor plat ‘cantik’ yang mewakili namanya itu, Hamilton memutuskan untuk membelanjakan wang tunai yang besar. 

Menurut sumber, Hamilton menawarkan lebih daripada AS250,000 (RM1.1 juta) dan  diterima oleh Bob Lewis. Dikhabarkan juga Hamilton menginginkan nombor pendaftaran F1 milik ahli perniagaan Afzal Khan dengan tawaran lebih daripada AS 6 juta (RM 26 juta).

Bagaimanapun, Afzal menolak tawaran tersebut dan masih menggunakan plat F1 pada Bugatti Veyron miliknya yang dibeli pada 2008.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here