Kongsi ketibaan pasukan Piala Asia, lori sayur pula yang tarik perhatian netizen

1177

Baru-baru ini, Malaysia menyambut ketibaan tiga pasukan yang bakal berentap dalam Kumpulan E bagi menghadapi kempen Kelayakan Piala Asia (2023). 

Kumpulan E merangkumi negara Turkmenistan, Bahrain dan Bangladesh selain skuad kebangsaan sebagai tuan rumah yang bakal berlawan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur bermula 8 Jun sehingga 14 Jun 2022.



Namun begitu, sambutan kontinjen lawan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang dikongsi akaun Facebook Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mencuri perhatian netizen. 

Ini kerana gara-gara pihak pengurusan yang dikatakan menggunakan lori sayur sebagai pengangkutan membawa beg dan peralatan pemain yang dikatakan sangat tidak sesuai. 

Pengguna Twitter dikenali sebagai @daudghani83 berkongsi perkara itu yang berasakan  menjatuhkan kredibiliti sebagai tuan rumah.

“Apanenda player luar datang kita bagi lori sayoq ja kat depa bawak barang? Tadak ka lori elok sikit kalau ya pun,” tulisnya. 

Rata-rata menyuarakan rasa kurang senang di ruangan komen atas layanan diberikan pihak FAM kepada pemain luar tersebut. Bagaimanapun ada yang bersangka baik menganggap bajet yang diterima FAM sesuai dengan kenderaan berkenaan. 

Di samping itu, ada juga netizen memberi pendapat bahawa ia sebahagian ‘perang psikologi’ tuan rumah, sama seperti yang dihadapi skuad kebangsaan ketika di tempat lawan.

Misalnya, diarak menggunakan kereta perisai Barracuda semasa final Piala AFF (2010) dan perlawanan akhir temasya Sukan SEA 2011 di Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here