#TahukahAnda: Tayar sotong kembali jadi trend, ini 5 sebab bahaya di selekoh!

9455

Inginkan motosikal lebih laju dan kelihatan cantik menyebabkan fenomena penggunaan tayar sotong kembali menjadi trend dalam kalangan anak muda selepas 12 tahun.

Hanya golongan remaja terutamanya kaki lumba era 90-an yang banyak menggunakan tayar sotong berkenaan. Bagaimanapun, tidak diketahui dari manakah asal usul gelaran sotong tersebut.



Difahamkan kaki motor menggelar tayar sotong kerana ketebalannya yang nipis menyerupai gegelung sotong. Tayar sotong ini melibatkan saiz yang lebih kecil iaitu 175mm lebar berbanding 250mm standard yang boleh mengundang risiko kemalangan.

Mantan pelumba negara Wazi Abdul Hamid berkongsi kegunaan ‘tayar sotong’ hanya untuk ‘sprint test’ iaitu perlumbaan terpantas di jalan lurus.

Bahkan ia nampak solid dan dipadankan dengan rim aloi lebih ringan. Walaupun ada yang mendakwa tayar tersebut dapat meningkatkan kelajuan 10-15kmj, namun risiko lebih besar berbanding manfaat.

Tayar sotong tidak selamat digunakan di jalan raya terutama ketika mengambil selekoh kerana mudah tergelincir dan mengakibatkan penunggang tercampak. Bahkan, tayar sotong juga kurang cengkaman dan memberi kesan kepada kestabilan. 

Jadi, mengapakah tayar sotong boleh mengundang bahaya kepada rider ketika mengambil selekoh?. Dr Aid Fawzal berkongsi lima sebab tayar sotong boleh memudaratkan rider. 

  1. Kontak lebih kecil permukaan jalan

Keluasan sentuhan tayar sotong dengan permukaan jalan raya adalah kecil. Disebabkan nilai permukaan yang bersentuhan kecil lantas menghasilkan nilai rintangan geseran yang rendah.

2. Rintangan geseran rendah

Tayar yang menggunakan material getah apabila bersentuhan dengan jalan raya akan mencengkam permukaan tersebut disebabkan nilai geserannya yang tinggi. Apabila tayar nipis dipakai, nilai rintangan geserannya rendah.

Jadi lebih banyak kuasa enjin dapat digunakan untuk memecut daripada sia-sia melawan cengkaman kerana geseran. Inilah penyebab utama kenapa tayar sotong mampu tingkatkan kelajuan.

Bahasa mudah, tayar nipis akan melekat sedikit pada jalan dan mudah memecut berbanding tayar tebal dan lebar. Namun, atas sebab sama juga ia tidak sesuai untuk kegunaan di jalan raya kerana mudah tergelincir.

Dalam bahasa automotif dan perlumbaan dipanggil tarikan rendah tayar. Daya tarikan adalah kemampuan tayar untuk kekal di atas permukaan jalan tanpa tergelincir.

3. Aerodinamik, rintangan angin rendah

Bayangan aliran angin pada tayar yang berpusing (Mercker & Bernerburg, 1992).

Angin yang melalui tayar begitu kompleks kerana komponen itu berpusing.  Tayar yang nipis bukan hanya mempunyai permukaan depan yang kecil tetapi akan menghasilkan kawasan pusaran di belakang tayar yang kecil. Kedua-duanya merendahkan daya seretan angin. 

4. Ringan

Oleh kerana ketebalannya yang nipis, tayar sotong lebih ringan berbanding tayar keluaran kilang yang tebal. Jadi ia membantu dalam memecut kerana kurang inersia dan dapat tingkatkan kelajuan maksimum kerana nisbah kuasa ke berat menjadi lebih tinggi.
 
5. Rekaan tayar
 
Tayar sotong direka khusus sesuai untuk satu tujuan dan satu kegunaan iaitu perlumbaan jalan lurus. Dengan itu, struktur reka bentuknya lebih fokus pada bahagian lebar tanpa memandang kepada bahagian sisi dan dinding tayar.
 
Manakala tayar untuk kegunaan harian, cukup kembung agar mempunyai permukaan sisi yang luas dan ini membantu menawarkan cengkaman sewaktu mengambil selekoh.
 
Tayar harian juga mempunyai dinding yang kuat supaya mampu bertahan dengan pelbagai jenis permukaan jalan. 
 
Jadi menurut anda?…ingin cantik atau keselamatan?….
 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here