Go With More: Raikan Kenangan 3 Tahun dengan Promosi Hebat GWM Malaysia

10

November 2022. Ini merupakan tarikh keramat di mana jenama Great Wall Motor menjejakkan kaki secara rasmi di Malaysia.

Ini bermakna, GWM Malaysia bakal menyambut ulang tahun yang ketiga tidak lama lagi!

Untuk meraikan pencapaian tersebut, GWM Malaysia melancarkan kempen promosi istimewa bermula Oktober hingga Disember 2025 sebagai satu cara untuk meraikan pelanggan mereka.

Dengan membeli mana-mana kereta GWM, rakyat Malaysia berpeluang memenangi hadiah utama bernilai keseluruhan RM150,000.

Antara hadiah menarik yang bakal menanti termasuklah:
• Apple iPhone 17 (256GB)
• Apple iPad Air 11 inci (256GB)
• Apple AirPods Max
• PlayStation 5 Slim Digital
• Dyson V12 Origin SV49 Cordless Vacuum Cleaner
• Insta360 GO Ultra
• NESPRESSO Lattissima One Coffee Machine
• Marshall Acton III Black Speaker
• Apple Watch SE 3 44 mm
• 70MAI T800 4K 3-Channel Dashcam 4G + 4G Hardwire Kit

Selain daripada itu, pelanggan juga boleh menyertai sesi cabutan bertuah dengan hanya menempah mana-mana kenderaan jenama GWM.

Seramai 25 orang pemenang bertuah akan menerima hadiah istimewa serta-merta ketika membuat tempahan.

Cipta kenangan “Go With More” dengan barisan kereta GWM

Anda boleh mencipta detik-detik kenangan terindah “Go With More” dengan barisan model hebat seperti:

• GWM HAVAL H6 HEV – terkenal dengan prestasi enjin hibrid yang berkuasa (243 PS, 530 Nm), menawarkan kadar penggunaan bahan api 5.8 liter per 100 km untuk jarak perjalanan sehingga 1,000 km dan kini tampil dengan kemasan kabin hitam

• GWM TANK 300 – SUV gaya klasik muskular dengan enjin 2.0L turbo (220 PS, 380 Nm), dilengkapi dengan casis yang direka untuk pemanduan off-road lengkap dengan Diff Lock depan belakang, serta fungsi Crawl Control dan Tank Turn.

• GWM TANK 500 – pakej SUV off-road yang lebih premium dan mewah, dikuasakan oleh enjin 2.0L hibrid kuasa 347 PS dan daya kilas 648 Nm, sistem pacuan 4WD pintar dengan 11 mod pemanduan, serta ciri off-road seperti pengesan kedalaman air, Tank Turn dan kawalan jelajah off-road.

 

Tidak cukup dengan itu, GWM Malaysia mahu menambah detik-detik “Go With More” menerusi pelancaran model baharu menjelang akhir tahun ini seperti:

• GWM ORA GOOD CAT GT – hatchback elektrik dengan penampilan yang lebih sporti luar dan dalam, tetapan motor elektrik yang lebih bertenaga (170 PS, 210 Nm), lengkap dengan fungsi Launch Control untuk keseronokan pemanduan yang tiada tara.

• GWM WEY G9 – sebuah MPV plug-in hybrid (PHEV) berkuasa 442 PS, pecutan 0-100 km/j dalam 5.7 saat, dan mampu capai jarak pandu keseluruhan 850 km dengan setangki minyak penuh.

 

Kenangan Terindah Anda Bermula Sekarang

GWM Malaysia percaya setiap langkah pemilikan kenderaan menceritakan segalanya, dan dengan barisan model hebat mampu menjadikan setiap detik tersebut lebih bermakna.

Kunjungi mana-mana bilik pameran GWM berdekatan untuk menentukan kereta ideal anda dan seterusnya cipta kenangan terindah “Go With More” bersama keluarga dan rakan-rakan.

Alternatifnya, anda boleh mengunjungi laman web rasmi GWM Malaysia di alamat https://www.gwm.com.my/

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here