RM3.4 bilion peruntukan baiki Jalan Persekutuan

420

Kementerian Kerja Raya memerlukan peruntukan kira-kira RM3.4 bilion untuk memperbaiki jalan Persekutuan.

Peruntukan itu dimaklumkan Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof untuk membaiki jalan yang sudah melepasi hayat atau rosak ketika beliau bersama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, melakukan tinjauan keadaan (Jalan Timur Barat) laluan Gerik-Jeli, semalam.

Menurutnya, bagi (Jalan Timur Barat) laluan Gerik-Jeli, jalan berkenaan sudah lama yang 40 tahun dengan kebanyakan struktur jalan gagal menampung bebanan muatan berat.



“Kalau ditampal ia tetap akan terturun, berikutan lapisan asal jalan tidak mampu lagi menampung bebanan trafik. Bagi laluan ini peruntukan sebanyak RM68 juta diperlukan.

“Apa yang akan dilakukan buat sementara ialah melakukan tampalan, dengan kali ini kita meminta konsesi membuat tampalan lebih tebal dari biasa sementara menunggu peruntukan untuk bina baharu,” kata menerusi hantaran di Facebooknya.

 

Menurutnya, pihaknya sedar, banyak keutamaan diambil kira sebelum peruntukan dikeluarkan yang kadangkala tidak mencukupi, seperti RM68 juta yang diperlukan di Laluan Persekutuan FT004 (Jalan Timur Barat) ini.

“Kita tidak salahkan Kementerian Kewangan (MOF). Tapi itulah cabaran dihadapi. Namun kita akan cari jalan untuk membaikinya dari segi jangka pendek atau jangka panjang,” katanya.

Laluan Persekutuan FT004 menghubungkan tiga negeri bermula di Kulim, Kedah, melalui Gerik, Perak dan berakhir di Pasir Puteh, Kelantan, dengan panjang keseluruhan 291.99km.

Laluan FT004 di Perak sahaja sepanjang 114.660 bermula di Seksyen 83.740 di sempadan Kupang, Kedah dan berakhir di Seksyen 198.400 di sempadan Jeli, Kelantan. Mula dibina 1970 dan siap 1982.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here