Lelaki maut rempuh Plaza Tol Penchala

982

Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandu merempuh tembok di Plaza Tol Penchala, Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP), Petaling Jaya, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik daerah menerima laporan berkenaan kemalangan jalan raya membabitkan sebuah kereta sekitar pukul 1.24 pagi.



“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira pukul 12.43 tengah malam apabila kereta dipandu mangsa dipercayai terlanggar tembok plaza tol menyebabkan dia tersepit di tempat duduk pemandu.

“Akibat kemalangan itu, mangsa yang merupakan warga tempatan dan berusia 37 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya. 

Pihak polis meminta saksi kejadian tampil di Balai Polis berhampiran atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat trafik, Inspektor Mohd. Hafeez Faesal A Aziz di talian 011-32311232 bagi membantu siasatan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here