Polis kenalpasti suspek kes kereta bergesel warga Singapura

1483

Polis sudah mengenalpasti identiti dua suspek yang terlibat dalam kejadian khianat di jalan berhampiran Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Kompleks Sultan Abu Bakar, Johor, Sabtu lalu. 

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata kedua-dua suspek warga Singapura itu kini berada di republik berkenaan.



“Ya, suspek dikenalpasti identitinya dan dipercayai mereka sudah berada di Singapura.

“Kami akan bekerjasama dengan polis republik itu bagi mengesan mereka. Polis juga menerima laporan daripada mangsa yang merupakan warga Singapura,” katanya.

Rahmat menerusi kenyataan pada Ahad lalu berkata, kejadian khianat itu dipercayai berlaku apabila kenderaan mangsa bergesel dengan kereta dipandu dua suspek terbabit.

Dalam kejadian pada Sabtu itu, mangsa yang menaiki sebuah Toyota Alphard mengubah laluan ke kanan dan bergesel dengan sebuah kereta jenis KIA yang dinaiki dua suspek dari arah kanan.

“Suspek berhentikan kenderaan sebelum seorang lelaki dan seorang perempuan kemudiannya turun dari kenderaan terbabit.

“Suspek lelaki kemudian bertindak menjerit dan mengeluarkan perkataan serta menunjukkan isyarat lucah kepada mangsa,” katanya.

Suspek perempuan pula bertindak mencabut nombor pendaftaran kereta mangsa dan mencampaknya ke arah cermin depan Alphard tersebut. 

Video itu tular di media sosial yang  memaparkan tindakan seorang wanita berdiri di depan  Alphard bagi menahan kenderaan itu bergerak di Linkedua.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here