Hartasuma sedia lengkap 27 tren LRT, 45 peratus pemasangan tempatan

990

Syarikat kenderaan dan perkhidmatan rel bersepadu, Hartasuma Sdn Bhd bersedia melengkapkan pembekalan 27 tren Transit Aliran Ringan (LRT) baharu bagi laluan Kelana Jaya.

Ia melibatkan sebanyak 108 gerabak menerusi peruntukan Kenderaan Tambahan Kuala Lumpur atau ‘Kuala Lumpur Additional Vehicle’ (KLAV) 27 yang bernilai RM1.72 bilion.



Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, pembekalan itu sedang dilaksanakan menerusi konsortium antara Hartasuma dengan Alstom S.A., pe­neraju global dalam pembuatan kenderaan rel.

Lapan daripada 27 tren LRT tersebut dijangka dibekalkan syarikat tempatan tersebut bermula Julai 2023.

“Kini, ia dalam proses akhir pelaksanaan ujian sebelum ditambah untuk kegunaan laluan Kelana Jaya kelak.

“Tren kesembilan dan berikutnya akan dibekalkan secara berperingkat sehingga Disember 2024,” katanya.

Ke­semua tren itu melibatkan hampir 45 peratus hasil pemasangan tempatan berbanding luar negara berbanding sebelumnya yang banyak menggunakan khidmat luar untuk pemasangan tren LRT kerana kurang kepakaran.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Hartasuma, Tan Sri Ravindran Menon menerangkan, Hartasuma sedang dalam proses memasang komponen bawah gerabak atau ‘bogie’ untuk gerabak LRT berkenaan.

“Kita turut bekerjasama de­ngan Pusat Kecemerlangan Ken­deraan Rel Nasional (NRCOE) untuk menjadi vendor Tahap 1 yang layak bagi pemasangan dan baik pulih bogie tempatan di bawah Program Pembangunan Industri Kenderaan Rel (RIDP).

“Inisiatif itu meningkatkan keupayaan daripada aspek teknikal dan membantu mengurangkan aliran keluar modal,” katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here