Honda Civic Type R (2023): Yang ditunggu-tunggu sudah tiba!

2323

Akhirnya, Honda memperkenalkan Civic Type R serba baharu sempena meraikan 25 tahun hatchback berprestasi tinggi ikonik jenama itu dan ulang tahun ke-50 Civic. 

Type R baharu itu direka bentuk untuk memberikan pengalaman pemanduan yang paling mantap setakat ini.



Jentera itu kini didatangkan dengan badan baru yang ringan dan sangat tegar membantu meningkatkan kestabilan pada kelajuan tinggi dan tindak balas lebih responsif.

Seperti yang dijangka sebelum ini, ia menggunakan enjin 2.0 liter pengecas turbo yang digabungkan dengan transmisi manual enam kelajuan yang dipertingkatkan.

Bagaimanapun, Honda masih lagi berahsia dengan harga serta jumlah output berhubung jentera berkenaan. Ia akan diumumkan sempena pada majlis perlancarannya nanti.

Reka Bentuk Aerodinamik

Lebih panjang, lebih rendah dan lebih lebar, reka bentuk Type R baharu yang berotot lagi anggun serta sofistikated. Ia menampilkan aerodinamik yang canggih untuk daya tekanan ke bawah seimbang serta mampu mengurangkan seretan udara.

Reka bentuk bampar hadapan baharu yang lebih agresif menampilkan jeriji sarang lebah. Jeriji hadapan yang lebih besar dengan reka bentuk baharu di belakang roda hadapan untuk meningkatkan kecekapan aliran udara. 

Ia kini lebih agresif dengan padanan spoiler dan bampar belakang yang direka semula, selain didatangkan diffuser belakang serta tiga peredam ekzos seperti generasi Type R sebelum ini.

Ruang kokpit

Bahagian dalaman Civic Type R didatangkan tempat duduk merah ikonik Type R termasuk warna karpet dan kemasan, selain kepingan Type R bersiri yang kini diletakkan pada pemuka .

Reka bentuk meter kini lebih eksklusif dengan kehadiaran mod pemanduan +R baharu membolehkan pemandu mendapatkan maklumat yang diperlukan serta-merta, Ia memaparkan lampu penunjuk rpm dan kedudukan gear diletakkan di bahagian atas. 

Civic Type R ditawarkan lima warna menarik: Historic Championship White, Rallye Red, Boost Blue, Crystal Black Pearl dan Sonic Grey Pearl.

Harga dan butiran tambahan mengenai Civic Type R (2023) akan diumumkan dalam masa terdekat yang dijangka dilancarkan pada musim luruh ini untuk pasaran Amerika Syarikat. Bagi pasaran Eropah pula, penghantarannya bermula pada tahun hadapan.

Galeri Gambar

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here