UMW Toyota ‘bakar line’ kongsi gambar Veloz, bila nak lancar?

2112

Hujung bulan lalu, UMW Toyota Motor membuka tempahan Toyota Veloz yang khabarnya bakal dilancarkan suku keempat tahun ini.

Semalam, pesaingnya rasmi dilancarkan ke pasaran tempatan dengan rekod 30,000 tempahan sejak dibuka bulan lalu. UMW Toyota tidak sekadar melihat apabila berkongsi imej Veloz di laman Facebook rasmi mereka. 



Pasaran Malaysia ditawarkan dengan lima pilihan warna. Bagaimanapun, pasaran lokal menerima dua tona warna badan yang tidak diperkenalkan di negara jiran iaitu biru metalik dan perak metalik dengan bumbung hitam.

Pelanggan perlu menambah RM1,300 bagi mendapatkan warna badan tersebut. Menerusi imej yang dikongsi, bentangan kabin Veloz sama dengan model yang ditawarkan di Indonesia.

Kabin Veloz menerima kemasan dua tona warna hitam/putih bersama perincian biru di beberapa bahagian misalnya pada panel pintu dan konsol tengah. Selain itu, di belakang ruangan gear tersedia pengecas tanpa wayar Qi yang tiada pada Perodua Alza.

Saiz skrin infotainmen 9-inci Veloz adalah sama dengan Alza namun kelebihan model Toyota itu dilengkapi dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto. Sementara, Perodua Alza menawarkan ketersambungan Android Auto menerusi wayar pada varian AV.

Toyota Veloz dikuasakan enjin 1.5L (2NR-VE) dengan kotak gear CVT 7-kelajuan, bagaimanapun UMW Toyota masih belum mendedahkan output enjin berkenaan.

Sementara daripada segi keselamatan, MPV itu dilengkapi dengan Toyota Safety Sense (TSS) dan Brek Parking Elektrik (EPB). 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here