Stopa: Ada lesen, ada lesen tak, ada Audi tak?, lemah…..

2745

Kisah tentang tiada lesen masih belum selesai apabila pempengaruh Haqiem Stopa terpancing dengan sindiran netizen ketika melakukan live di platform TikTok.

Stopa dikatakan ‘koyak’ apabila beberapa netizen menyindirnya di ruangan komen. Air muka pemuda berusia 22 tahun itu dipercayai berubah setelah netizen membangkit semula isu tidak memiliki lesen.

@ceoawan

ingat anak muda .. AUDI tidak bawak mati pun🥶🥶 #fyp #fypシ #fypage #fypシ゚viral #fypdongggggggg #fypfyp #bismilahfyp #kecam #iconpemotoran #stopa #haqiemstopa #audi #viralvideo #viraltiktok

♬ original sound – Atif – Atif



“Ada lesen, ada lesen, ada lesen, ada Audi tak?, lemah….,” katanya dalam sebahagian klip video itu dikongsi oleh akaun TikTok @ceoawan. 

Sehingga artikel ini disiarkan, video itu meraih lebih 500,000 tontonan dan mendapat lebih 20,000 tanda suka daripada warganet.

Minggu lalu, kecoh di media sosial apabila tular notis saman di atas nama ikon pemotoran itu kerana tidak memiliki lesen memandu. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here