Syamsul Yusof tukar warna badan Lamborghini…semakin garang!

2847

Selain kontroversi rumah tangga yang dihadapi, nama Syamsul Yusof hangat di dunia hiburan apabila filemnya Mat Kilau pecah panggung dengan kutipan RM90 juta.

Di sebalik kejayaan tersebut tidak banyak yang kita tahu tentang kisah lain pengarah ini. Siapa sangka sebenarnya anak kepada pengarah dan penerbit filem Yusof Haslam itu juga memiliki sederetan kereta mewah.

@aqiljulianofficial

READY TO SHOOT KL Ganster 3 😎 #aqiljulianofficial #superstreetmotorsports #syamsulyusof #syamsulyusoffilm #klgangster #klgangster3

♬ Tokyo Drift (Refix) – Rosh Blazze



Cuma, suami kepada Puteri Sarah Liyana itu agak jarang berkongsi tentang kenderaan yang dimilikinya. 

Selain daripada sebuah Hummer yang sudahpun dilepaskan, Syamsul juga peminat jenama lembu jantan asal Itali iaitu Lamborghini.

@aqiljulianofficial

AVENTADOR SV SYAMSUL YUSUF DELIVERY 🔥🔥 #aqiljulianofficial #superstreetmotorsports #syamsulyusof #syamsulyusoffilm #aventadorsv #exhaustsound #merecik #fyp

♬ original sound – Aqiljulianofficial – Aqiljulianofficial

Baru-baru ini, Syamsul dikatakan memberi sentuhan warna badan baharu pada supercar Lamborghini Aventador tersebut. 

Pemilihan warna emas kepada krom mint dari Teckwrap itu dipercayai mendapat sentuhan kacey legacy.

Boleh dilihat warna badan itu kemudian disematkan dengan pilihan warna hitam di beberapa bahagian antaranya hud depan, skirting sisi dan bampar belakang.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here