Gara-gara rempuh lampu isyarat, seorang maut

856

Seorang maut, manakala tiga sekeluarga termasuk bayi cedera selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Durian Tunggal, Alor Gajah, semalam. 

Kejadian kira-kira jam 10.45 malam itu, menyebabkan penunggang motor Mohd Hafis Abu Bakar, 34, maut akibat kecederaan parah di kepala.

Turut cedera dalam nahas adalah pasangan suami isteri yang berusia 34 tahun dan bayi lelaki mereka berusia sembilan bulan.



Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, kemalangan berlaku apabila penunggang motor Honda RS150R membelok ketika lampu isyarat berwarna merah.

“Mangsa dipercayai dalam perjalanan dari arah Krubong menghala ke Batu Berendam dan di persimpangan lampu isyarat, mangsa dipercayai telah membelok ketika lampu merah.

“Dia bagaimanapun telah dirempuh sebuah kereta Honda City yang dinaiki tiga beranak dari arah Ayer Keroh ke Krubong yang meneruskan perjalanan ketika lampu hijau,” katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here