Tidak puas hati kereta ditunda di MAHA 2022

837

Kemeriahan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 yang bermula 4 Ogos hingga 14 Ogos ini sedikit tercalar dengan dakwaan segelintir pengunjung yang tidak berpuas hati apabila kenderaan mereka ditunda penganjur.

MAHA 2022 yang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dijangka dikunjungi puluhan ribu pengunjung selepas kali terakhir diadakan pada pada 2018 serta tidak dapat diadakan pada 2020 akibat Covid-19.

Beberapa pengunjung meluahkan perasaan tidak puas hati mereka di laman sosial seperti TikTok dengan mendakwa pihak penganjur tidak meletakkan arahan dan papan tanda jelas hingga menyebabkan mereka meletakkan kereta di kawasan larangan.



Setiap pengunjung yang hadir dikenakan bayaran RM5 untuk meletakkan kenderaan mereka di tempat khas tetapi beberapa kereta ditunda dan dikenakan denda RM100 selepas didapati meletakkan kenderaan mereka di kawasan parkir bas.

Seorang pengguna TikTok, @anipdrone memberitahu, mereka datang pada awal pagi dan ketika itu tiada anggota Rela dan papan tanda yang menunjukkan lokasi meletakkan kenderaan sekali gus menyebakan kekeliruan serta salah faham.

Akibatnya, ada diantara mereka meletakkan kenderaan di kawasan parkir bas menyebabkan kereta ditunda.

@anipdrone

ANIAYA ORANG! AKU DAH CALL PIHAK MARDI MASING2 LEPAS TANGAN. VIRAL JELA SEBELUM RAMAI YG KENA #MAHA #MAEPS #MARDI #maha2022

♬ original sound – Anip_Drone – Anip_Drone

Malah, beberapa pengamal media yang membuat liputan juga dilaporkan menjadi mangsa apabila kenderaan mereka juga turut ditunda.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here