Toyota Vios 2023 – Apa ciri baharu perlu anda tahu!

6246

Toyota secara rasmi melancarkan model terbaru Vios di Thailand pada hari ini atau dikenali sebagai Yaris Ativ di negara itu.

Pelancaran Vios baru itu bakal menjadi saingan kepada kereta sedan segmen B yang lain seperti Honda City dan Nissan Almera.



Dibawah ini disenaraikan ciri-ciri baharu Vios 2023 yang anda perlu tahu:

  •  Enjin empat silinder 3NR-VE 1.2 liter aspirasi natural dengan kuasa setinggi 94 hp @ 6,000 rpm, 110 Nm @ 4,400 rpm dengan transmisi Super CVT-i ciri Sequential Shift.
  •  Tiga mode pemanduan iaitu Eco, Normal, Sport
  • Pengunaan minyak 23.3km/l
  •  Empat varian iaitu Sport CVT, Smart CVT, Premium CVT, Premium Luxury CVT.
  •  Saiz 4,425mm panjang, 1,740mm lebar, 1,480mm tinggi dan 2,620mm jarak antara roda. Lebih panjang dan luas berbanding model terdahulu.
  • Sistem brek terdiri daripada gandingan cakera dan brek dram di bahagian belakang, model tertinggi sahaja didatangkan dengan brek cakera di belakang. 
  • Secara asas dilengkapi unit lampu depan LED, rim bersaiz 16 inci (tayar 195/60 R16), lampu belakang LED, roda stereng boleh laras empat cara, sistem kemasukan pintar tanpa kunci, skrin infotainmen bersaiz lapan inci, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, serta sistem audio dengan dua pembesar suara.
  • Enam beg udara, ABS, EBD, Bantuan Brek, Sistem Kawalan Kestabilan, Kawalan Cengkaman, Bantuan Mula Mendaki, serta cagak ISOFIX untuk kerusi kanak-kanak.
  • Varian Smart CVT dilengkapi ciri tambahan skrin kluster digital TFT tujuh inci, skrin infotainmen sembilan inci, slot pengecasan USB depan dan belakang, penambahan kamera depan, empat pembesar suara, serta pakej Toyota Safety Sense yang merangkumi Sistem Pra-Pelanggaran, Amaran Keluar Lorong dengan Bantuan Stereng, Amaran Pergerakan Kenderaan Hadapan dan Sistem Perlindungan Pedal Pendikit.
  • Varian Premium CVT didatangkan dengan penapis udara PM2.5, corong pendingin hawa baris kedua, enam pembesar suara, kemasan hitam berkilat pada sesetengah tempat, lampu isyarat membelok sekuential, kemasan upholsteril kulit berwarna perang dan Piano Black, serta tambahan ciri keselamatan seperti Kawalan Jelajah Adaptif, Brek Parkir Elektrik dengan fungsi Auto Hold, sistem pemantauan keliling panorama, sistem amaran titik buta, amaran lintasan trafik belakang, serta bantuan suluhan tinggi automatik. 
  • Premium Luxury CVT pula dilengkapi kerusi balutan kulit tulen dan sintetik berwarna merah, papan pemuka dengan bahan sentuhan lembut juga dengan warna merah, panel pintu balutan kulit merah, sistem pencahayaan ambien 64 warna, serta sistem audio enam pembesar suara berjenama Pioneer.

Harga jualan di pasaran Thailand:

  • Sport CVT: 539,000 baht (RM67,700)
  • Smart CVT: 584,000 baht (RM73,352)
  • Premium CVT: 659,000 baht (RM82,772)
  • Premium Luxury CVT: 689,000 baht (RM86,540)

Galeri Gambar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here