Tiktoker kongsi ruangan kabin, ini perkara perlu anda tahu tentang Adastra di Kuala Perlis

1754

Kehadiran sebuah kapal layar mewah di perairan Kuala Perlis menggemparkan penduduk setempat kerana pemandangan itu jarang sekali boleh dilihat.

Bahkan bentuknya seperti sebuah kapal angkasa mencuri perhatian tidak seperti rekaan sebuah kapal layar mega kebiasaannya. Kapal berkenaan dipercayai milik taikun perkapalan Hong Kong, Antony Marden yang dinamakan sebagai Adastra.

@_aminhazwan

adastra superyacht 🛥 #adastra #adastrasuperyacht #fyp #fypシ #fypage #fypシ゚viral #fyp #kualaperlis #yacth #luxuryyacht

♬ Sikok Bagi Duo ( Tiktok ) – Meli Dedi



Seorang pengguna akaun TikTok @aminhazwan berkongsi video pendek ruangan dalam dan luaran kapal layar mega tersebut ketika berlabuh di Kuala Perlis.

Bagaimanapun, tidak diketahui pekerjaan Amin yang turut berkongsi mengendalikan kapal layar berkenaan.

Berikut perkara perlu anda tahu tentang kapal layar mega Adastra berkenaan:

@_aminhazwan

Reply to @shaazahar Interior Adastra superyacht #adastrasuperyacht #luxuryyacht #adastra #fypシ #fypage #fypシ゚viral #fyp #kualaperlis #langkawi #yacth #langkawiyatch

♬ Welcome To My Paradise – Via Valent

  • Kapal layar yang memiliki reka bentuk kapal angkasa itu dibangunkan oleh McConaghy Boats dan dihantar kepada pemilik pada 2012.
  • Dengan draf kedalaman 1.12m Adastra boleh berlabuh lebih dekat dengan teluk yang menjadikannya ideal untuk kawasan perairan cetek seperti Bahamas. 
  • Dibina daripada e-glass dan Kevlar, badan kapal ini dipadankan dengan struktur gentian karbon, jadi berat kapal layar hanyalah 49 tan atau berat yang setara dengan kapal layar konvensional 60 kaki.
  • Selain itu, tangga, lampu dan engsel juga diperbuat daripada gentian karbon. Reka bentuk ringan ini memberikan kecekapan hidrodinamik, kestabilan dan prestasi, serta penggunaan bahan api yang rendah dan lebih mesra alam.
  • Dikuasakan enjin Caterpillar C18 dengan kuasa 1,150hp, Adastra mampu mencapai kelajuan maksimum 23 knot dengan pelayaran 17 knot. Selain itu, kapal layar berkenaan juga memiliki dua enjin Yanmar 110hp untuk menjana kuasa tiga generator.
  • Ia mampu berlayar dengan julat sehingga 4,000 batu nautika dan saiz tangki bahan api 32,000 liter.
  • Kapal layar sepanjang 42.5 meter itu mampu memuatkan sembilan tetamu dan lima kru pada satu masa. Bahagian kabin dengan inspirasi Scandinavian itu menampilkan bilik utama, sebuah kabin VIP dan dua kabin berkembar.
  • Adastra juga didatangkan dengan dek luas dengan ruang istirahat dan ruang makan alfresco yang terlindung, manakala di depannya ada salun utama, tetamu boleh berehat di dek depan yang lapang. Pintu garaj kapal layar boleh dilipat untuk mencipta platform menyelam.
GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here