Geng motor berang SUV henti lorong kecemasan, ini kisah sebenar….

1257

Tindakan sebuah kereta berhenti di lorong kecemasan menyebabkan kemalangan melibatkan tiga motosikal di 370KM, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran Sungkai pada Jumaat lalu.

Insiden itu menyebabkan kumpulan penunggang motosikal tersebut berang dan bertindak memarahi pemandu SUV Mazda CX-8 itu dan video kejadian tular di media sosial.



Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, laporan kejadian itu diterima dan siasatan mendapati lelaki berusia 34 tahun itu bertindak demikian kerana isterinya yang sarat mengandung mahu muntah.

“Ketika mahu bergerak semula terdapat sebuah MPV Toyota Alphard memasuki lorong kecemasan menyebabkan dia terperanjat lalu brek secara mengejut.

“Pada masa sama, sebuah motosikal jenis Yamaha 15ZR sempat brek namun dilanggar motosikal jenis Honda RS150R dan terlanggar SUV berkenaan.

“Penunggang Benelli RFS150 pula dari arah belakang turut melanggar motosikal Honda berkenaan,” katanya.

Kesemua penunggang motosikal mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan sementara keempat-empat kenderaan tersebut mengalami kerosakan kecil.

“Siasatan lanjut diteruskan mengikut Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Peraturan 10 LN 166/59),” katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here