Giliran Honda EX-5 Dream pula ‘main harga’, cecah RM12k

8486

Siapa sangka selepas Yamaha RX-Z, kini giliran model legenda Honda pula dijual pada harga ‘kayangan’.

Menurut Kosmo, menerusi satu perkongsian di laman Facebook, harga terkini bagi sebuah motosikal Honda EX-5 Dream mencecah RM12,000 iaitu lebih sekali ganda harga jualan kapcai berkenaan.



Menurut laporan akhbar tersebut, kapcai Honda itu bertaraf ‘NOS’ (New Old Stock).  Rata-rata pengguna terkejut dengan harga motosikal itu ketika ini dan tidak masuk akal.

Kapcai legenda Honda EX5 High Power 100 dilancarkan di pasaran Malaysia sekitar 1987. Kemudian digantikan dengan generasi baharu Honda EX5 Dream 100 pada 2003.

Penampilan masih sama cuma berbeza di bahagian enjin. Statusnya yang tidak lagi dikeluarkan menjadikan kapcai itu model ‘rare’.

Honda EX5 High Power didatangkan dengan kuasa enjin yang lebih berkuasa dan tahan lasak berbanding Honda EX5 Dream. Namun, penghujung 2013 Boon Siew Honda rasmi menamatkan perkhidmatan EX5 Dream.

Sementara itu, berdasarkan pemerhatian Motoqar di Facebook, kami menemui dua penjual yang ingin melepaskan kapcai berkenaan pada harga RM12,000 yang dimuatnaik tahun lalu dan Ogos 2022.

Menurut akaun Facebook Groei Motor 769 yang dikongsi tahun lalu mereka ingin menjual sebuah EX5 Dream pada harga RM12,000 dengan odometer 700km.

Bagaimanapun, sekiranya pembeli baharu ingin menggunakan nombor plat dua digit tersebut perlu menambah RM1,000.

 

Berdasarkan pemerhatian kami di Marketplace Facebook dan platform jualan online Mudah.my, sebuah unit Honda EX5 Dream terpakai dijual antara RM3,000 sehingga RM5,000. Manakala versi NOS dijual pada harga sekitar RM 7,999 dan RM5,000. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here