Guru bina Hot Wheels Porsche 934 Turbo edisi KISAS

717

Seorang guru berkongsi foto Hot Wheels Porsche 934 Turbo edisi KISAS di Twitter. Model tersebut merupakan hasil tangannya sendiri yang merupakan hadiah buat rakan sekerja yang bakal bersara.

Menurut Adham, Porsche berwarna putih kustom Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) itu bukanlah untuk dijual.



“Saya tak sangka retweet anak murid saya boleh jadi viral dan Hot Wheels ini bukan untuk dijual. Saya kustom khas untuk cikgu KISAS yang akan bersara pada minggu ini,” katanya. 

Proses membina model Hot Wheels merupakan terapi minda dan kepuasan selepas habis kelas di sebelah petang. 

Bagi menyiapkan sesebuah kereta bergantung kepada model. Sekiranya menggunakan semburan cat asli mengambil masa dua hingga tiga jam untuk disiapkan. 

“Jika perlu tanggalkan cat asal dan cat semula warna baharu, memakan masa sehingga tiga hari. Proses rekaan kad dan dekal bahagian yang memakan masa paling lama sekali,” kongsinya. 

Ciapan berkenaan menarik perhatian pengguna Twitter yang berminat untuk membeli model tersebut terutamanya alumni sekolah berkenaan. 

Jelasnya, dia akan menghasilkan model Porsche KISAS untuk dijual kepada peminat Hot Wheels. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here